Wednesday, December 2, 2009

Pekikan Akhir Hayat Malaikat Maut

Ibnu Abbiduya menceritakan dari Muhammad b. Kaad Al-Qurdhy dia berkata:



"Telah sampai berita kepadaku bahawa makhluk yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut."



Allah berfirman: "matilah engkau wahai Malaikat Maut"



Maka ketika itu juga Malaikat maut memekik (dengan pekikan yang sangat kuat sekali) yang seandainya pekikan itu dindengari ahli langit dan bumi, nescaya mereka akan mati kerana terkejut. Maka malaiakt maut pun mati"




Malaikat mautlah yang paling merasakan hebatnya kematian. Ibnu Abidduya menceritakan dari Ziyad: " Aku telah membacadalam beberapa kitab bahawa maut itu paling dirasakan sakitnya oleh malaikat maut melebihi makhluk-makhluk yang lain"



... Wallahualam ...







(Perancangan Eksekutif Islam 2010; Kharisma)


No comments:

Post a Comment