Wednesday, December 2, 2009

Allah Maha Besar

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Assalammualaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam ... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan



'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.





Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.









Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!







Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......
Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!





Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'


(email drpd member; Yakuza Jiro)

Wanita Istimewa.....

Mengapa WANITA sangat Istimewa......


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.

"..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulaklipas... leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendamlepas makan tadi.. basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi... check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong.... salin la gula... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi... ishh... ni laukbila ni, semalam... dah beku dah... basuh la kejap.... pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik... bunyi air dah masak... salin air dalam flusk... ok settle... baru teringat tak semayang lagi... on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska... check... baju 2 pasang, towel... towel kecik utk selsema... calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping.... alamak.. telupa pulak masukkan botol... basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje... emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je... salin jap barang2 g beg coklat... cek sume 6poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti... hishhh sempit la beg ni... hangin je... nak kena beli ni beg baru... rasenya 25 hb ni Sogo sale nih... mana flyers tadi ek... ha ni die.. ok, catit jap kat yellow sticker, nantilupa.. ok settle... Tetiba dengar suara papa...

"..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."
"..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu.. 2 jenis laktu... adoi.. gosok gigi... smayang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak... huhuhuhu... bukak almari... emmm...pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh ... g dapur, basuh, sambung gosok baju... gantung elok2... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle.. dgr suara papa lagi...

"..i dah ngantuk ni.."

dalam pada nak masuk kebilik... owh... pokok aku dah nak mati ni ha.. lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap... check jap pintu ni... sah tak kunci lagi... grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku... bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyaknya... sampai bawah meja makan pun ade... adoi.... ok dah ... ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan die... la.. napa basah ni... emm, tukar la pampers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la... nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tgh malam nieh.. tido sampai pagi k... gud nite.. sweet dreams... aaahh... sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus,,, setkan alarm... setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting.. ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm.. sedapnya lelapkan mata... Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini.. mohon keberkatan dari mu tuhan... papa pun bangun tutup tv...

"...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola puntakde..."

...selang seminit ... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah.... So?.... penat tak?? apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?... SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.... tu yang tak boleh nak mati cepat tu... hehehehe... gurau yo...



(email dari member : Yakuza Jiro)

Pekikan Akhir Hayat Malaikat Maut

Ibnu Abbiduya menceritakan dari Muhammad b. Kaad Al-Qurdhy dia berkata:



"Telah sampai berita kepadaku bahawa makhluk yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut."



Allah berfirman: "matilah engkau wahai Malaikat Maut"



Maka ketika itu juga Malaikat maut memekik (dengan pekikan yang sangat kuat sekali) yang seandainya pekikan itu dindengari ahli langit dan bumi, nescaya mereka akan mati kerana terkejut. Maka malaiakt maut pun mati"




Malaikat mautlah yang paling merasakan hebatnya kematian. Ibnu Abidduya menceritakan dari Ziyad: " Aku telah membacadalam beberapa kitab bahawa maut itu paling dirasakan sakitnya oleh malaikat maut melebihi makhluk-makhluk yang lain"



... Wallahualam ...







(Perancangan Eksekutif Islam 2010; Kharisma)